Jumat, 02 Maret 2012

Khasiat Tribulus Terrestris

Khasiat Tribulus Terrestris



Tribulus Terrestris merupakan sejenis tumbuhan berbunga di dalam keluarga Zygophllaceace, HerbaTribulus ini tumbuh pada suhu panas iaitu kawasan tropika Old World di selatan Eropah, Selatan Asia, merangkumi Afrika dan diutara Australia.

Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama digunakan di seluruh dunia untuk mengubati pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Dalam sejarah Greek, tribulus digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual.

Di Eropah Timur, Tribulus telah digunakan bagi tujuan menguatkan otot-otot dan potensi seksual. Pada tahun 1980an kerajaan Bulgaria telah menaja satu kajian di Insitute Penyelidikan perubatan dan Kimia di Serbia dalam mencari formula bagi meningkatkan tahap fizikal dan seksual, hasilnya terbukti dengan kejayaan pasukan angkat berat Bulgaria pada temasya Olimpik 90an.

Tribulus Terrestris mengandungi steroidal saponins, alkaloids, flavanoids dan kandungan protodioscinnya dipercayai mempengaruhi kesannya terhadap hormon, libido dan komposisi tubuh. Kajian klinikal Tribulus Terrestris menunjukkan herba ini mampu menguatkan kesihatan fungsi libido manusia dan mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar